last post , maybe .

di sini saya ingin menulis sesuatu . mungkin buat kali terakhir . sebab saya akan delete blog nim .
untuk ABDUL MUSTAQIIM BIN KAMARUDIN , maaf kerana saya telah melukakan hati awak . maaf juga kerana saya dah tak boleh terima awak lagi . dan maafkan saya kalau saya membenci awak ... tp saya rasa sukar dan tak mungkin untuk saya bencikan awak . kerana awak pernah hadir dan menceriakan hidup saya . awak pernah singgah dan mendiami hati saya . walaupun semua tu hanya sementara , namun saya tetap bahagia dengan kehadiran awak . maafkan saya kerana tak dapat menunaikan segala janji yang pernah saya taburi . saya hanya insan biasa .. saya tahu saya banyak buat salah dengan awak . maafkan saya .

halalkan apa yang dah awak berikan pada saya . hadiah , makanan , minuman , bear , jam , purse ( saya masih gune tau ) , berus gigi .. hihihi . dan saya halalkan apa yang saya dah bagi pada awak . simpanlah . jadikan ia kenangan kite . biar ia kekal abadi di ingatan . awak , saya sayang awak . tapi , cume sekadar kawan . maafkan saya kerana melukakan hati awak . in shaa Allah , ada rezeki , panjang umur , kite jumpe lagi . kalau berjodoh , tak ke mana :)

dan kalau awak bace post ny , sy harap awak balas . tolong la .. tulis la sesuatu , supaya saya tahu keadaan awak . saya minta maaf . saya doakan awak agar mendapat gadis yang lebih baek dan mencintai awak sepenuh hati . dan di saat awak jumpe gadis tu , tolonggg , hargai dia . jagalah hatinya , fahami lah dia , dan terimalah dia seadanya ..

salam sayang ,
ika :)